Produk neutral karbon pertama Apple ada di sini.
Reka bentuk yang berkesan. Kurang kesan karbon.
Dengan terus memajukan bahan, tenaga bersih dan amalan penghantaran rendah karbon, Apple Watch kini ditawarkan dalam kombinasi kotak dan jalur yang neutral karbon.
Apple Watch memperkasakan anda untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam tentang kesejahteraan mental dan fizikal anda. Data kesihatan anda dilindungi dengan privasi dan langkah keselamatan yang terbaik. Apabila anda bersedia untuk berkongsinya dengan penyedia penjagaan kesihatan, rakan atau keluarga, anda mengekalkan kawalan penuh ke atas orang yang mengakses maklumat anda.